Tahun ini pertama kali aku mulakan Ramadhanku di tanah air setelah 6 tahun diselesaikan di perantauan. Bila ditanya oleh sahabat dan saudara ada rasa perbezaan ke? Jawapanku satu patah sahaja. "Ada." Hari-hari Ramadhanku di tanah air buat aku menilai banyak perkara.
1. sehari sebelum Ramadhan, tiada ku rasa kemeriahan dan keseronokkan untuk menyambutnya sebagaimana aku rasakan ketika di perantauan. Adakah kerana di tanah air sendiri aku merasakan sesuatu yang tak perlu aku ambil kisah ataupun kerana faktor sekeliling yang membuatkan aku tak merasai apa yang aku lalui selama 6 tahun di perantauan ketika awal menyambut Ramadhan?
2. aku mengharapkan tarawikh di tanah air lebih meriah. Tak sabar nak berjemaah di masjid. Hari-hari biasa aku tak punya kesempatan untuk ke masjid semenjak bergelar makan gaji. Hari pertama, gembira melihat saf-saf di masjid penuh. Ramai saudara-saudara muslimahku hadir mengimarahkan rumah Allah. Cuma bezanya, aku tak melihat suasana di mana ibu-ibu menggendong anak-anak kecil bertarawikh sekali. Anak-anak yang sudah mampu berjalan diletakkan di bilik berasingan. Rinduku digamit lagi dengan suasana tarawikh di perantauan. Ah.. mungkin di tanah air ini, budaya 'bibik' sudah tersemai padat. Namun bila Ramadhan menjangkau hari ke-6, saf muslimah hanya 2 baris. Apakah kerana.......
3. meriah bazaar ramadhan adalah satu-satunya suasana yang tak aku perolehi ketika di perantauan. Asyik!!!melihat makanan yang di jual. Tapi yang menjadi tanda tanya dalam diri ini, apakah peniaga bazaar Ramadhan ini benar-benar berniaga lillahitaala? meletak harga yang sepatutnya, menjaga kebersihan dan kualiti rasa. Teringat aku pada kisah anak perempuan menegur ibunya apabila disuruh campur susu dengan air untuk mendapatkan untung yang lebih.. katanya "memang tiada orang yang lihat dan tahu, tapi Allah melihat dan mengetahui"
Hmmmm. banyak perbezaan antara berpuasa di perantauan dan tanah air sendiri. Namun, walaupun di mana aku dicampakkan, aku perlu ingatkan diri ini supaya menjadi benih yang baik. Hatta dicampak di tanah yang kontang aku harus berusaha mencambahkan diri menjadi pokok yang rendang dan berbuah manis supaya musafir bisa menumpang teduh dan merawat lapar dahaga mereka.
Salam Ramadhan saudaraku. Moga Ramadhan kali ini lebih baik dari Ramadhan yang telah berlalu.