Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, September 9, 2009

Pengurusan Nyawa

Melihat pada tajuk, aku sendiri terlupa apa yang ingin aku coretkan di sini. Pengurusan Nyawa.. Pasti ramai yang ketika membaca tajuk entry aku kali ini menggelengkan kepala. Bukan maksud aku untuk menyatakan bahawa kuasa menentukan ajal berada di tangan manusia. Aku cuma menggunakan satu perkataan yang boleh dianalogikan dengan subjek yang ingin aku titipkan pada entry kali ini iaitu MASA.

Mata dan minda terpaku pada salah satu artikel dalam majalah SOLUSI edisi 5 terbitan Telaga Biru Sdn. Bhd. Benar, hampir aku terlupa bahawa masa itu memang sangat tepat jika menggunakan nyawa sebagai analoginya. Kata-kata Khalifah Umar al-Khattab terus menerjah keluar di ruang pikiran "Masa itu umpama pedang. Jika kamu tidak memancungnya, ia yang akan memancung kamu."

Mengapa NYAWA = MASA? mengapa bukan JAM = MASA ataupun PAGI = MASA?

"Adakah kamu mengira bahawa Kami menciptakan kamu sebagai main-main dan kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?" [Al-Mukminun 23:115]

"Dan Kami menciptakan langit dan bumi dan apa yang ada di antara keduanya, bukanlah untuk permainan belaka. Kedua-duanya Kami ciptakan hanyalah dengan tujuan yang benar tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui." [Al-Dukhan 44:38-39]

Kita diciptakan Allah punya 2 misi:

1)beribadat kepadaNya
2)menjadi khalifah di muka bumi

lalu, apa kaitan MASA dan NYAWA?

Jika kita sama2 melihat dan cuba renungkan sedikit dalam, banyak hal dalam Islam ini berkait dengan masa sekaligus kita dapat simpulkan bahawa Islam sangat mementingkan masa walaupun fenomena hari ini jelas memperlihatkan yang berjanji tetapi x menepati masa adalah majoriti di kalangan umat Islam.
  • sembahyang 5 waktu pada waktu yang telah ditetapkan
  • puasa wajib hanya setelah muncul anak bulan Ramadhan dan hanya sebulan
  • pembahagian masa siang dan malam melalui peredaran bulan dan matahari
Mengimbau zaman pemerintahan Umar ibn Aziz RA yang begitu singkat (hanya 2 tahun) tetapi terus dikenang zaman pemerintahannya yang dikatakan mirip pemerintah Khulafa Al-Rasyidin. Lihat pula Imam Nawawi rahimakumullah, ulama yang tidak panjang usianya tapi begitu besar jasanya. Hingga kini, berapa banyak kitab ilham beliau dikategorikan sebagai "sangat luar biasa" bukan sahaja dari sudut kerelevanan dan kesignifikannya tetapi juga tempoh masa untuk menghasilkan kitab tersebut dibandingkan dengan usia beliau yang relatif singkat.
lalu, apa kaitan MASA dan NYAWA?
Antara nikmat dan bekalan yang Allah berikan pada semua hambanya ialah NYAWA. Dengan NYAWA kita hidup dan dengan NYAWA juga harus kita selesaikan misi ciptaan kita.
"Setiap inci tanah di muka bumi ini ialah tempat yang paling subur untuk menanam benih syurga." (mutiara kata nukilan Prof. Dr. Yusuf al-Qardhawi)
Ingatlah, hidup di dunia ini sangat penting kerana kita punya hidup di akhirat. Kebaikan di akhirat tak akan dapat kita raih jika kita tak punya kehidupan di dunia. Tapi, ganjaran tak pernah datang tanpa halangan. Untuk mereka yang menangguh-nangguh ada hadith Rasulullah yang mengancam.
"Barangsiapa yang telah mencapai umur 40 tahun tetapi kejahatannya masih mengatasi kebaikannya maka bersiap-siaplah masuk ke neraka."

Nah, bukan ke jelas di sini kaitan MASA dan NYAWA?

Jangan lupa wahai teman-teman, di Padang Mahsyar nanti satu soalan akan ditanya kepada kita semua. "Ke mana umur mudamu dihabiskan?" Kerana inilah Rasulullah SAW selalu mengingatkan kita tentang 5 perkara...sihat sebelum sakit, muda sebelum tua, lapang sebelum sibuk, kaya sebelum miskin & hidup sebelum mati...(sambil mendendangkan alunan nasyid RAIHAN)

Maka, ayuhlah sama-sama kita manfaatkan NYAWA yang diberikan sebaik-baiknya. Alangkah cemburunya bila terkenang sahabat-sahabat Rasulullah. Mereka bagaikan punya NYAWA yang sangat panjang. Bagaimana dahulunya mereka bisa bertebaran ke seluruh dunia menebarkan jala-jala Islam. 3/4 daripada mereka kuburnya di luar Semenanjung Tanah Arab.Cuba kita fikirkan, mereka bagaikan punya MASA yang panjang seolah-olah mereka punya kemudahan yang banyak. Sedangkan waktu itu masih belum punya aeroplane, internet, telefon dan etc. Subhanallah, memang janji Allah itu benar. Takkan Dia sia-siakan amal usaha seseorang. Setiap amal usaha yang baik, ganjarannya juga pasti lebih-lebih baik.

Wallahua'lam.

Thursday, September 3, 2009

journey back home

4.00 pm : bergegas mencari kereta aku yang dipandu oleh abang yang membawa isteri serta anaknya sebagai penumpang.

4.10 pm : singgah di kedai nasi berani gam muar untuk membeli bekalan berbuka puasa di tengah jalan

4.20: bermula perjalanan sebagai musafir (untuk abang serta keluarganya) dan aku sudah pun bermusafir sejak pagi waktu datang ke pejabat


journey back home...dah lama aku tak merasakan suasana begini. kalau di perantauan bermusafir itu perkara biasa. Tapi di tanah air ini aku merasakan sesuatu yang sangat....(tak dapat digambarkan dengan kata-kata). seawal perjalanan aku memilih untuk mendiamkan diri menghayati perjalanan yang membawa diri aku ini sebagai seorang musafir. Janggal rasanya bermusafir di negara sendiri. Melihat pemandangan dari kaca cermin kereta amat berbeza dengan dari kaca cermin kereta api. Tenang, hijau dan mendamaikan. Hati ini memuji kekuasaan dan kebesaran Allah atas setiap kejadianNya yang tampak di mata sepanjang perjalanan ini.


Alhamdulillah, sempat sampai ke perhentian gambang untuk berbuka puasa. perhentian yang tiada kedai makan untuk mengelakkan kesesakan. Tapi jangkaan kami meleset. Ramai juga yang membawa bekal sendiri untuk berbuka puasa di situ. Meriah dengan suasana berkelah di tempat peranginan masing-masing menghidang juadah berbuka. Subhanallah, musafir bukan penghalang untuk berpuasa masa kini. Kemudahan pelbagai tidak lagi membebankan mereka untuk berpuasa.


setelah berbukan bergantian pemanduan dengan abang akhirnya kami sampai ke taman chonang jaya di lot 11517 tepat jam 11.10 pm. kepenatan tak terasa kerana keinginan bertemu ayah bonda melebihi segala-galanya. Rindu terubat, duka terawat & homesick pun hilang bila melihat wajah mereka.


Sungguh, inilah yang aku rindukan sewaktu di perantauan.