Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, March 30, 2010

Undangan Perkahwinan bagi Pihak Zauj (Suami)

Assalamualaikum wbt

Sabda Rasulullah SAW,
"Rahsiakanlah pertunangan dan hebahkanlah perkahwinan" (hadis riwayat ahmad daripada Abdullah bin Zubair r.a., disahihkan oleh Al-Albani dlm irwa' Al-Ghalil)

“Dan di antara tanda-tanda kekuasanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNya di antara kamu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.” (Ar-Ruum:20)

Dengan penuh rasa kesyukuran, saya ingin memaklumkan pernikahan saya dengan pilihan hati, HALIMAH BINTI AHMAD telah berlangsung pada 19 Mac 2010 dan majlis menyambut menantu di pihak saya akan berlangsung seperti berikut insyaAllah :

Kenduri Kesyukuran (terbuka keluarga untuk semua kenalan)
Tarikh: 4 april 2010
Tempat: Kampung Paya Luas, 28300 Temerloh, Pahang Darul Makmur (belakang Hospital Sultan Haji Ahmad Shah)

Pada sahabat handai yang tidak berkesempatan menghadiri walimatul urus kami di Terengganu, kehadiran anda amat dialu-alukan. Semoga kehadiran sahabat akan lebih membawa keberkatan dan kemeriahan majlis tersebut.

Mohon didoakan kebahagiaan kami dunia akhirat dan semoga majlis berjalan lancar.

"Tidak ada terlihat indah oleh dua orang yang menjalin cinta kasih selain bernikah" (hadis riwayat Ibnu Majah dan Hakim dari Ibnu Abbas)

"Kasih dan sayang, Cinta dan rindu, DaripadaNya ia datang, KepadaNya kita mengadu."

Salam sayang dan rindu fillah buat semua.

Friday, March 5, 2010

Undangan Perkahwinan

Assalamualaikum wbt

Sabda Rasulullah SAW,
"Rahsiakanlah pertunangan dan hebahkanlah perkahwinan" (hadis riwayat ahmad daripada Abdullah bin Zubair r.a., disahihkan oleh Al-Albani dlm irwa' Al-Ghalil)

“Dan di antara tanda-tanda kekuasanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNya di antara kamu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.” (Ar-Ruum:20)

Dengan penuh rasa kesyukuran, saya ingin memaklumkan pernikahan saya dengan pilihan hati, MOHD SHARIZAL BIN ZAINUDIN yang akan berlangsung seperti berikut insyaAllah :

1) Majlis Akad Nikah (Pagi) & Persandingan(Malam) (tertutup untuk keluarga pengantin & sahabat perempuan sahaja)
Tarikh: 19 Mac 2010(Jumaat)
Tempat: Lot 11517, Taman Chonang Jaya, Jalan Tengku Omar, Seberang Takir, 21300 KT.

2) Kenduri Kesyukuran (terbuka keluarga untuk semua kenalan)
Tarikh: 20 Mac 2010
Tempat: Lot 11517, Taman Chonang Jaya, Jalan Tengku Omar, Seberang Takir, 21300 KT.

Semoga kehadiran sahabat akan lebih membawa keberkatan dan kemeriahan majlis tersebut.

Mohon didoakan kebahagiaan kami dunia akhirat dan semoga majlis berjalan lancar.

"Tidak ada terlihat indah oleh dua orang yang menjalin cinta kasih selain bernikah" (hadis riwayat Ibnu Majah dan Hakim dari Ibnu Abbas)

"Kasih dan sayang, Cinta dan rindu, DaripadaNya ia datang, KepadaNya kita mengadu."

Salam sayang dan rindu fillah buat semua.

Monday, March 1, 2010

Erti Perkahwinan Sebenar

Meniti hari menuju gerbang perkahwinan adalah suatu masa yang sangat kritikal bagi setiap manusia. Perasaan yang bercampur-baur antara yakin dan was-was, gembira dan duka, susah dan senang serta gelisah dan tenang. Bukan suatu tempoh yang mudah dilalui melainkan dengan semangat yang kental. Yakin bakal menjadi zauj/zaujah yang baik tapi was-was sama ada pasangan yang dipilih adalah yang terbaik. Gembira bakal bertukar status tapi duka untuk meninggalkan kehidupan bujang. Amat susah dalam mengatur setiap persiapan dari segi ekonomi maupun kehendak keluarga dan sendiri tapi senang hati apabila memikirkan makan pakai akan ada yang mengurusi. Gelisah menggambarkan masa depan yang bakal dilalui bersama pasangan tapi tenang bila merasakan hati yakin dengan segala aturan Allah. Makhluk yang rata-rata mengilustrasikannya sebagai makhluk bertanduk juga turut gelisah serta sedang berpeluh dan bertambah susut berat badannya mungkin, memerah keringat bagi menggagalkan majlis yang bakal berlangsung.

Teringat pada karya-karya yang sekarang cukup laris atau best-seller seperti aku terima nikahnya 1&2 tulisan Akh Hasrizal Abdul Jamil (saifulislam.com), trilogi Aku Pinang Dikau dengan Hamdalah tulisan Akh Mohd Fauzil Adhim serta Biarkan Kuncupnya Kembang Jadi Bunga tulisan Akh Anis Matta. Semua tulisan ini cukup memberi semangat pada mereka yang sudah berumahtangga mahupun yang bakal serta yang masih belum punya tiang untuk mendirikannya. Bagi yang sudah lengkap isi rumah berkobar-kobar untuk menambah baikkan segalanya. Bagi yang bakal pula sentiasa berdoa serta memasang angan-angan untuk menjadi nakhoda atau anak kapal yang tergolong dalam gred kerja A+. Malah yang masih belum merancang turut berusaha keras mencari pembantu yang berkaliber bagi membantu dalam setiap lapangan yang bakal ditempuhi.

Erti perkahwinan sebenar...apakah jawapan yang tepat untuk dikhabarkan pada semua? 7 maratib amal mungkin jawapan yang mudah. Tapi maksud yang tersirat di sebalik 7 anak tangga itu adalah suatu yang sukar untuk difahami oleh mata kasar. Bermula dari Individu Muslim --> Baitul Muslim (Rumahtangga Muslim) --> Masyarakat Muslim --> Kerajaan Muslim --> Daulah Islamiah (Negara Islam) --> Khulafa' Rasyidin (Sistem Khalifah) --> Ustaziatul Alam (World Order). perlu juga kita kembali kepada fitrah mengapa kita semua ini diwujudkan oleh Allah. Sebagai Abid (Az-Zariyat:56-57) dan juga sebagai khalifah (Al-Baqarah:30). Tapi sejauh manakah fungsi Abid & Khalifah yang perlu dipenuhi oleh kita? Dan apakah kaitan rumahtangga yang bakal dibina dengan tujuan kita diwujudkan Allah?

f/n: berdebar menghitung hari. Mampukah aku menjadi secekal Siti Khadijah bersama dengan Rasulullah ketika senang dan susah, selincah 'Aisyah menghiburkan Baginda serta sesetia Siti Sarah pada suaminya...?