Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, September 3, 2009

journey back home

4.00 pm : bergegas mencari kereta aku yang dipandu oleh abang yang membawa isteri serta anaknya sebagai penumpang.

4.10 pm : singgah di kedai nasi berani gam muar untuk membeli bekalan berbuka puasa di tengah jalan

4.20: bermula perjalanan sebagai musafir (untuk abang serta keluarganya) dan aku sudah pun bermusafir sejak pagi waktu datang ke pejabat


journey back home...dah lama aku tak merasakan suasana begini. kalau di perantauan bermusafir itu perkara biasa. Tapi di tanah air ini aku merasakan sesuatu yang sangat....(tak dapat digambarkan dengan kata-kata). seawal perjalanan aku memilih untuk mendiamkan diri menghayati perjalanan yang membawa diri aku ini sebagai seorang musafir. Janggal rasanya bermusafir di negara sendiri. Melihat pemandangan dari kaca cermin kereta amat berbeza dengan dari kaca cermin kereta api. Tenang, hijau dan mendamaikan. Hati ini memuji kekuasaan dan kebesaran Allah atas setiap kejadianNya yang tampak di mata sepanjang perjalanan ini.


Alhamdulillah, sempat sampai ke perhentian gambang untuk berbuka puasa. perhentian yang tiada kedai makan untuk mengelakkan kesesakan. Tapi jangkaan kami meleset. Ramai juga yang membawa bekal sendiri untuk berbuka puasa di situ. Meriah dengan suasana berkelah di tempat peranginan masing-masing menghidang juadah berbuka. Subhanallah, musafir bukan penghalang untuk berpuasa masa kini. Kemudahan pelbagai tidak lagi membebankan mereka untuk berpuasa.


setelah berbukan bergantian pemanduan dengan abang akhirnya kami sampai ke taman chonang jaya di lot 11517 tepat jam 11.10 pm. kepenatan tak terasa kerana keinginan bertemu ayah bonda melebihi segala-galanya. Rindu terubat, duka terawat & homesick pun hilang bila melihat wajah mereka.


Sungguh, inilah yang aku rindukan sewaktu di perantauan.


No comments:

Post a Comment